BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 13, 2010

rumah terbuka rumah Mi Japak









Salam semua,
Di sini dipaparkan gambar2 hari raya rumah Mi Jaafar di Taman Rakyat, Mergong yang diadakan pada hari Isnin kelmarin. Rakan rakan lihat sendiri suasana hari tersebut dan tengok lah betul-betul rakan kita yang hadir. Adakah anda masih kenal mereka, kerana ada rakan2 baru yang hadir yang sebelum ni tak dapat menghadirkan diri di majlis2 kita.
Dalam menyambut Eid Fitri ini, satu keputusan telah diambil iaitu satu perjumpaan keluarga Ex student SMDSO batch 1977 akan diadakan di Pantai Merdeka Resort pada 17.12.2010 dan 18.12.10. Satu komitti akan dibentuk di bawah urusetia tuan DO kita untuk menyenggara majlis tersebut. Semua keputusan muktamad akan disebarkan melalui blok, fb, surat dan phone..... So harap rakan rancang dari awal untuk menghadiri majlis tersebut. Apa-apa berita terkini sila hubungi Azhari Ismail (tuan DO Pokok Sena) di no. phone 0194717300.

6 comments:

Hj ARL, BNM said...

Meriah nampaknya.Banyak yang saya tak cam. Harap sahabat2 semua sihat walafiat setelah memasuki usia 50an. Tok Mat Sudin tu nampak tembun.

Ku Azir said...

Biasalah sahabat dah 50an ni.Tapituan hj nampak slim macam dulu.Ni nak jawab solan sms pagi tadi.Baju batik biru-Midon (6a4),baju putih tepi saya tu suami solehah.Sebelah solehah(tudung hijau-basharah,sebelah kanan tu Rosni.Tok Mat termangu jumpa mata ayak lama.kelu tak dpt berkata-kata. Macam mana cadangan nak buat reunion
di Pantai Merdeka tu

Hj ARL, BNM said...

Saya tak pasti samada dapat p atau tak sebab saya akan mengerjakan haji kali ke2 bersama keluarga, saya minta pihak pakej sya beri penerbangan akhir jd saya rasa tarikh tu mungkin saya tak dapat hadir. Pak ku kena jd kan program perjumpaan tu islamic, baru dapat pahala.Saya dengar kata sahabat kita yg kenduri dulu, Faezah, pun tak dapat p kerana dia mengerjakan umrah bulan Disember ni.

Unknown said...

FBI, JPNK
Seronoknya tengok sahabat2 jumpa dan beraya.Terima kasih Pak Ku atas inisiatif masukkan dalam blog ni. Tahniah pada Azmi kerana berjaya mengumpulkan sekurang2nya 1/4 daripada rakan21977. Wpun tak dapat hadir saya pohon jutaan ampun dan maaf dari semua rakan jika ada dosa-dosa saya masa lalu yang belum diampunkan.Pak Ku, jgnlah dok biar Hj Rani tu kata Pak Ku "laeh",cuba tanya petua kat dia.Saya rasa dia tu makan jamu atau tonik sehari sebotoi kut, almaklumlah dok pi mesyuarat merata..satu lagi cuba ajak rakan2 bagi nasihat sikit kat Ali tu,kesian tengok dok ketagih rokok sangat.Saya dah nasihat tapi tak jalan, dia buat muka selamba saja.Tentang reunion di Pantai Merdeka tu,elok sangatlah. Di samping mendekatkan hubungan sesama rakan, kita adakan juga aktiviti yang mendekatkan kita dengan Yang Maha Pencipta.Beritahu YB Zahari,kalau saya tak dapat hadir pun saya bersedia membantu jika perlukan asalkan hasrat murni mengumpulkan rakan2 kita tu berjaya dilaksanakan.

Hj ARL, BNM said...

Hai..hai..pandai pekena kat kita pulak cik puan Faezah ni, saya ada la petua sendiri untuk jaga kesihatan..kalau nak tahu kena la beri "mengkeras" yang bersesuaian.Yang sebenarnya amalkan makanan sunnah Rasulullah.Cuma saya ada amal minum "Extra Virgin Olive oil" free Acidity <0.5% dari Palestine yang ada cap Holy Land Olive Oil dari Ramallah.Kawan recommend mulanya.Alhamdulillah muka berseri dan segala2nya "kuat"/sihat terutamanya hafazan alQuran & Hadith.

Ku Azir said...

Ha..ha ...Faezah..ambik petua Tn. Hj tu. Kuat dan bertenaga. saya pun nak ikut juga,insyaalah