BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 29, 2009

SALAM RAMADHAN DAN AIDILFITRI

Kita dah tujuh hari berpuasa.Rasanya tidak terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua kaum muslimin dan muslimat, ahli keluarga yang berada diperantauaan, sanak saudara ,rakan taulan di mana saja berada. Dan tidak berapa lagi kita akan menyambut aidilfitri iaitu hari kemenangan kita melawan nafsu. dikesempatan ini saya memohon jutaan kemaafan kepada kalian semua,Zahir dan Batin. moga dipanjangkan umur dan sejahtera selalu dlm mengharungi hidup.

Sunday, August 2, 2009

BUAH RAMBUTAN BUAH DOKONG

Mewah...mewah bulan Jun hingga bulan Ogos kerana musim buah. Awal jun dulu rambutan sekilo 4.00 rinngit. Dokong pun harga tu juga. Tapi la ni belambak buah... pi mana pun buah berlonggok. Mewah...mewah lagi mewah. Rambutan dah jual pakai longgok. Dokong tak larat dukung dah,pasai banyak. Buah sampai ke akar. Budak-budak la pula tak pandai makan buah macam ni. Kupas bagi letak atas meja pun tak mau makan juga. Mewah... mewah.... Depa dok terigin kfc, pizza dan macam-macam makanan segera.
So la nak buat macam dengan buah-buah ni. Rambutan dah mula kulit hitam. Jual tak laku dah. DOK PIKIR JUGA, DULU JAB. PERTANIAN kempen suruh tanam pokok buah ni sampai bagi free benih ini. TAPI LA NI geng ni mana p. Tak pernah masuk ronda kat kampung pun.. kut kut nak tolong ambik buah ni pi jual. FAMA pun serupa. Bila tanya kata mereka buah tak laku.
Tapi bila ana p Amerika dulu ,semua buah ni ada dijual siap ditinkan lagi. Tapi bila tengok kat label "Made in Thailand." La.. awat malaysia tak tau jual ke macam thailand buat. Padahal siam dengan malaysia dekat sangat. Larat ke asyik dok suruh tanam bagi anak cucu makan. Ni banyak ni..anak cucu pun tak larat makan dah. So apa cerita pun geng FAMA ni kena masuk kampung la beli buah-buah ni petani dan lepas tu ikut cara siam buat. Tak kan geng cerdik pandai FAMA tak tau pikir macam nak jual produk ni semua. Tolong lah orang kampung yang menyahut kempen dulu suruh tanam pokok buah tu. Dah berhasil ni cari jalan pasarkan hasil mereka pula. Jangan-jangan geng fama ni pun tak larat bergerak dah sebab kenyang makan buah buahan tahun ni. Lu pikirlah sendiri.................