BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, May 26, 2010

Nostalgia



Ini satu aktiviti yang ana buat kat us dulu, picking apple. Syok tak terkira macam kutip buah jambu air. Bila ranum atau hujan lebat buah ni luruh penuh di atas tanah. Geram dan rasa sayang kita macam nak kutip balik. Tapi kalau anta kutip buah jatuh tadi mat saleh akan kta kita kebulur. Maka teringatlah ana satu kisah ketika ana darjah 2(1966),ada mat saleh masuk kampung buat survey pasai nyamuk.Waktu tu mat saleh tu macam raja disambut orang kampung.Satu hari dia terjumpa pokok jambu air yang sangat lebat buahnya sampai luruh bertaburan di atas tanah. Mat saleh terpa pi kutip buah luruh ni dan terus makan.Dalam hati ana berkata, " KEBULUQ SUNGGUH MAT SALEH NI,BUAH MACAM TU KAMI PIJAK AJA. Sebab tulah epal yang jatuh tu ana jeling aje.

Sunday, May 23, 2010

Jemputan kenduri

Waduh, pecah rekod kali sebab dah dapat 15 jemputan kenduri kawin dalam cuti sekolah ini. Jenuh makan orang kedah kata. Tapi makan bukan keutamaan, yang penting adalah hubungan siratulrahim. Makan banyak mana nak boleh makan lebih-lebih umur dah senja ni. Kena control klau tidak parah dibuatnya.Ini pun dapat warning daripada doktor. So kalau tak ada aral melintang saya akan hadiri semua jemputan ni untuk mengeratkan ikatan ukhwah sesama saudara, kawan
sertai meraikan majlis tersebut. Kalau tak sampai juga, maaf sajalah kepada tuan-tuan kenduri yang menjemput ni. semoga bakal=bakal pengantin ni akan hidup dalam damai dan berkekalan hingga ke anak cucu. SELAMAT PENGANTIN BARU .

Wednesday, May 19, 2010

Geli Mat

Sunday, May 16, 2010

Pengumuman MPM

Salam semua buat warga guru,
Sempena Hari guru semalam TPM merangkap MPM telah mengumum beberapa insiantif kepada guru. Namun begitu bukan semua yang mendapat menafaatnya. Kebanyakan dapat kat geng dah berpangkat macam guru besar dan PK Hem. Guru biasa elek pochet juga. Namun begitu cikgu jangan iri hati sebab rezeki masing-masing. hangpa nak dapat minta jadi guru besar dan PK. Selamat mengajar dan selamat belajar supaya cepat naik pangkat dan lepas tu dapat durian luruh. Cikgu bawah-bawah tu buat kerja lebih kuat supaya gb dan pk hangpa dapat ganjaran lebih besar. Hidup guru hidup gb.

Saturday, May 15, 2010

Sama Seiras



Pilih yang mana satu idaman kalbu

16 Mei






Salam,

Hari ini hari keramat bagi semua guru. Pada hari ini merupakan sambutan Hari Guru seluruh Malaysia. Ana yang jadi guru pun hari ini diraikan oleh anak murid ana. Rasa bangga bila mereka datang mengucap hari guru dan memberi hadiah yang tidak dipinta.
Ana pun terkenanglah kepada guru dan tok guru ana pada masa dulu. Antaranya di Sek Keb. Hosba(1965-70) cikgu Bakar, Cikgu Azmi, Cikgu Zaitun, Cikgu Barishah, Cikgu Yaakob dll.
Di Sek. Men. Jitra 2(71-72) Cikgu Sujak, Cikgu Junus, Cikgu Md Shariff Cikgu Boonlert dll.
Di Sek. Men. Jitra pula saya mendapat didikan drp. Cikgu Jaafar, C. Wahab, C, Ahamad Putih, C Lee Ah Yam , C. Amran, C. Md. Mydin dll.
Di SM Dato Syed Omar berjumpa pula dengan Pak Tuan, C. Zainab, C. Mansor, C Johari, Hj. Mahmud dll.
Di MPKI Ipoh pula saya berjumpa dengan Ust. Wan Zahid, Mr. Jabar dan ramai lagi.
Di Uni. Albany New York saya berjumpa pula dengan cikgu Elazabeth, Cikgu Ooi, dll.
Sungguh besar jasa mereka. Semoga berada dalam kandungan sihat dan kepada yang telah pergi, saya doakan roh mreka ditempatkan dlm. golongan orang beriman.
"Guru Pembina negara bangsa" cukup hebat slogannya, Semoga kerja buat guru diterima oleh Allah subhanatawaala. Sekali lagi saya mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada rakan guru dimana berada.






Tuesday, May 11, 2010

SELAMAT...SELAMAT...SELAMAT

Selamat Hari Misi kepada kekawan yang kerja MISI. Selamat merawat jangan salah rawat.

Selamat Hari Guru kepada yang kerja CIKGU. Selamat mengajar supaya anak murid tidak jadi kurang ajar.

Selamat Hari Ibu kepada yang kekawan yang dah jadi IBU. Kalau yang belum lagi sampai la ni tak jadi ibu, bersabar sajalah....... Kepada dah ada cucu, Selamat Hari Nenek dan Tok Wan. Kak Ja kata sayang kepada cucu lebih lagi kepada sayang anak. Apapun selamat se3mua dunia akhirat.

Selamat Hari Bapak? (P. Ramlee kata). Bila tarikh nya lagi?

Apakah jadahnya ?


Salam semua,
Ha...ha... cuba perhati betoi-betoi... Siapa yang kena????????
apakah jadahnya semua ini. Inilah salah kenangan paling mencuit hati ketika menuntut di SMDSO dulu. Kenangan hari suai kenal di asrama smdso 1977. apa komen anda?

Perjumpaan ALUMRA

Salam sahabat semua,
Kawan-kawan bekas student SMJ eloklah hadir pada 4 dqn 5 Jun ni. Bolehlah kenal-kenal dah lama tak jumpa terutamanya kumpulan 1975 (SPM). saya kemungkinan dapat hadir pada malam 5 hb. saja kerana ada hal lain. Apapun kalau mengizinkan akan hadir juga pada mlm 4 dan pagi 5hb.Che Mad Aljalawi pun dah hantar sms jemputan. Insyaalah.

Wednesday, May 5, 2010

Menoreh dan ditoreh

Salam semua,
Senyum simpul penoreh getah sekarang kerana harga getah semakin tinggi. Harga sekarang antara 4.50 hingga 5.50. Sama-samalah kita bersyukur di atas rezeki yang diberi. Tapi ada yang marah-marah dan merungut pula pasai hujan turun. Hujan turun ni kerja Allah Taala. Hujan turun ada kebaikan pada golongan lain seperti pesawah. Jadi kita terima sajalah kurniaan Allah ini.

Tersentak pula dengan berita hangat kelmarin. Ni pasal toreh juga. Ingatkan suami pi toreh getah dengan isteri dia. Rupa-rupanya suara ghaib punya hal sisuami pi toreh anu isteri punya. Eh..kacau sungguh. Kena jahit 8 jahitan, sapa nanya. Ini kes nanya, la. Lepas ni macam mana nak guna dah. Sebab tu Allah dah kata kena fikir dulu dan bersabar bila nak lakukan sesuatu. Siasat bagi betui-betui.

Ingat dan berhati-hatilah, sekarang bukan kerja menoreh saja, ditoreh pun boleh terjadi.

Tuesday, May 4, 2010

Idea yang bagus





Kreative dan inovatif.. boleh try tengok.

Monday, May 3, 2010

Takraw

Hari ini ana bawa budak-budak takraw pi lawan kat Sek. Men.Permatang Bonglai. Sebelum lawan ana janji macam-macam pada depa, "Kalau menang cikgu jamu nasi ayam special , burger special taruh daging + telur tiga suku masak".

Bila time lawan, team A bungkus dipusingan kedua dan team B awal-awal lagi kena bungkus.
Akhirnya "Nah hangpa makan nasi bungkus ni sudahlah."

Sunday, May 2, 2010

kenduri Faezah Ismail







Inilah diantara tetamu Faezah pada kenduri anaknya di dewan Alfarabi pada sabtu 1 Mei yang lalu. Terima kasih Faezah dan suami kerana melayan kami dengan istimewa sekali. Sipa kenal dengan member-member kita ni?