BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, June 2, 2011

kenuri kawin

Assalamualaikum semua,
Cuti sekolah dah seminggu berlalu. Ana sempat ke KL pada sabtu lalu menghadiri majlis pertunangan anak sedara di Pandan Indah. Lepas majlis, pada petang terus ke Port Dickson untuk mengambil balik anak yang membuat praktikal di sana. Malam tu tidor semalam di Tiara Beach Resort. Sambil tu jalan-jalan di sekitar PD sambil minum2 di Bangi Kopitiam. Ahad tolak balik dan sempat singgah di Seremban pekena NAsi Arab Damshik. OH CUKUP ENAK SEKALI.
Dalam cuti ni juga penuh dengan jemputan Kenduri Kawin. Bermula dengan kenuri rumah Ahmad LOng, guru lama ana di SMJ dulu. Hari ini pula (khamis) pergi pula ke kenuri Mee Japak (rakan lama di SMDSO) dulu yang diadakan di Dewan Insaniah. Di sini dapat berjumpa dengan rakan-rakan lama seperti Wan Lah, Saulius, Fuzi , Din Kola, Hamidon, Din Deris, Hasan, Abu Hasan, Mat Saman, Azamudin, Mat Dzal, Ku Om, Rosemalina, Basharah dan beberapa orang lagi. Tahniah pada Mee Japak dan isteri.
Pada hari sabtu ni 4hb. giliran Azlan Mdnor (Lan Tok Noq) mengadakan kenuri kawin anak gadisnya di Taman Siswa, Bandar Darulaman. Pada hari sabtu ni terpaksa buat jadual sikit kerana terlalu banyak kenuri. Di taman ana pun terdapat tiga kenuri serentak. Rumah kawan ana Datuk Ismail Said di Laguna Merbok pun kena pergi. Minta jangan rebah sudahlah....... Kepada kawan-kawan yang tak sempat ana pergi ke rumah, minta maaf banyak-banayak. Tahniah kerana dapat menantu. Insyaaalah lain kali kita boleh berjumpa lagi

Pada hari ahad pun banayk jemputan kawin. Boleh dikatakan tiap hari ada saja majlis perkahwinan hingga ke hari sabtu yang kan datang. Moga lepas ni kita akan dapat jemputan daripada rakan yang lain pula seperti A. Rani, Hashim Mail, Hasan Morad, Mat Saman, Saad, Datuk Mat dll. Moga diberkati Allah semua.