BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 15, 2009

Banjir dihujung tahun

Salam 1 Dunia,
Banjir melanda lagi di Kubang Betung. Bukan setakat sekali tetapi melanda dua kali dan 2 kalilah kami terpaksa berpindah, membasuh dan mencuci. Tapi alhamdullillah,datangnya menunjuk tanda, jadi sempatlah kami membawa ibu berpindah ke kampung sebelah. keseluruhan kampung air melimpah setakat 1 meter. Tak tahu lagi apa nak buat dengan bencana ini, sebab kampung kami betul-betul di dalam lembah dan terdapat sebatang sungai mengalir melaluinya. Kalau tak hujan lagi mungkin tak berulang lagi tahun ini.
Banjir,banjir lagi, tapi kali ini berhubung dengan tugas. Berlaku hujung tahun juga. Minggu ini penuh dengan kerja yang perlu dibereskan sebagai seorang guru. Apa boleh buat. Inilah dikatakan tugas dan makan gaji. moga dapat dibereskan dengan segera dan minggu depan bolehlah relax sikit. .... sekolah nak cuti dah. Cepatnya masa berlalu dah nak habis satu tahun pula. Umur semakin meningkat. Anak semakin membesar. Walaupun begitu,alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan semoga keadaan ini berkekalan tahun depan.
SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA PADA RAKAN TAULAN DI SELURUH DUNIA.