BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 29, 2010

Wakil atas Wakil

Salam kawan-kawan bekas SMDSO 1977,



WALIMATUL URUS

Ana terima wakil atas wakil drp. Li Pa Langkawi menjemput anta semua ke majlis perkahwinan anaknya pada 23. 12. 2010 .hari khamis. Kekawan yang ada kelapangan di jemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut . Bagi ana, minta maaf pada Che Li kerana x dapat hadir kerana jiran sebelah rumah pun ada majlis perkahwinan. Moga pengantin bahagia hingga akhir hayat.

Sunday, November 28, 2010

Swadikap








Salam semua.....swadikap.

sekolah dah mula bercuti. Jadi boleh rel;ax2 sikit. So kali ini ana pergi berjalan-jalan makan. Kali ni luar negara juga, tapi tak jauh lah.Cuma perjalanannya samalah dari Jitra ke Klumpur......Swadikap, hanya ke Krabi dan Phuket Tahiland. Kepuasannya amat terasa dan amat berbaloi dalam masa 4 hari. Dari Jitra - Kangar- Padang Besar - sadao - hatnyai - Trang - Krabi - Phang nga - Pulau Panyi- Pu;au James Bond - Phuket dan sekitarnya - Pulau Telor, Pulau Phi- Phi. Paling best menyusuri Pulau Panyi dan JBond, berenang dan snorkling naik speed boat di Khokhai Island dan Phi Phi Island. Lebih menakjubkan adalah kehidupan orang IslaM di Panyi Island dan Phi Phi Island, cukup tabah mengharungi hidup. Khap khun Kap

Sunday, October 31, 2010

Anugerah Agong

Tahniah...buat tersayang. Moga menjadi pendorong dalam kerjaya dan contoh serta semangat kepada kami sekeluarga. Moga Allah dimurahkan rezeki dan kesihatan yang baik.




Thursday, October 7, 2010

Kem Akil baligh













Wednesday, September 29, 2010

Meriahnya raya kat SKBBD

Salam semua,
Suasana raya masih terasa, masih lagi di bulan Syawal. Warga Sk Bandar Baru Darulaman juga mengambil kesempatan memyambut raya Aidilfitri peringkat sekolah.
Acara dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu rasmi sekolah. Diringi dengan doa oleh Ustat AlAmin Al Husaini.
Seterusnya ucapan Guru Besar dan dikuti dengan sumbangan duit raya guru-guru kepada semua murid melalui guru kelas masing-masing.
Kemuncak acara ialah sessi bermaafan antar satu sam lain. Jamuan hari Raya dijalankan mengikut kelas masing-masing. Jenuh makan. Ada 33 kelas maka 33 kelas kena masuk walupun hanya menjamah sekeping kuih. Begitulah meriahnya raya tahun ini. Moga tahun depan kita dapat menyambutnya lagi. Syukur Alhamdulillah


















Saturday, September 18, 2010

Raya kat Prawn River , Melaka

Salam semua,
Syukur alhamdulillah, ana sekeluarga dapat lagi beraya dengan mak mertua dan saudara mara di Melaka. Walaupun tidak semua dapat bertemu, sekurang-kurangnya ana dapat berjumpa ibu.
Disamping itu sempat juga ana pergi melawat beberapa tempat sebelum balik. Contohnya Pusat Penyenggaraan Penyu di Pengkalan balak .

Petang jumaat ana sekeluarga bermalam di Concord Inn KLIA kerana pagi esoknya kami menemani anak sulung ke KLIA untuk pulang ke Birmingham. Setelah ia terbang bersama Emirates, anak-anak yang lain balik ke kampus masing2 di UPM dan UITM. ana dan ana punya isteri bertolak balik ke Bandar Darulaman, sampai jam 6.30 petang.

Ketika sedang tidor jam 5.00 pagi dapat sms dari anak sulung bahawa ia baru touch down di Birmingham Air port. Alhamdulillah semuanya selamat.




Tuesday, September 14, 2010

Sambutan hari Raya Aidilfitri





Salam semua,

Inilah antara aktiviti ana pada raya tahun ini.

Pagi raya pertama, isteri dan anak-anak meminta ampun dan kemaafan

lepas tu kemasjid Mutaqqin untuk sembahyang hari raya

Ketiga berkunjung ke rumah jiran sebelah menyebelah rumah.

Keempat - mengunjungi bapa saudara di Taman mahsuri Fasa 2A

Kelima- sembahyang jumaat

Keenam- pulang ke kampung Kubang Betung untuk menemui ibu tercinta.ketika sampai anak2 saudara dari Sg Petani dah berkumpul. Selepas itu sampai pula adik-adik kembar say Jefri dan Jasni bersama keleuarga

Ketujuh berkunjungpula rumah abang dan saudara mara di Kg. Kubang Pasu.
Mengunjungi kubur

Keesookannya--- Membuat majlis rumah terbuka dan reunion anak sulung saya Fazira bersam kawannya yang belajar di SKJ dan SMJ dulu.

Hari ketiga - menghadiri rumah jiran sebelah, rumah En. Mokhtar dan menghadiri kenduri perkahwinan anak Abu Hasan di Tmn. Tunku Sarina.

Hari keempat- menghadiri rumah terbuka rumah Azmi Jaafar di Taman Rakyat mergong

Hari ke5 dan ke 6 - mengajar seperti biasa. petang hari ke 5 berborak dengan sahabat Fazil Baharum di gerai depan shell.TM.

Hari Ke 6-- malam --bertolak ke melaka dengan 2 buah kereta

Hari ke 7 - beraya di Melaka

Petang hari ke 8 - bertolak balik ke KLIA dan bermalam di Concorde Inn di KLIA.

Hari ke 9. hantar anak sulung ke KLIA untuk pulang ke UK. Jam 11.00 3 anak2 lain balik ke kampus masing-masing dan saya bersama isteri terus bertolak balik ke Bandar Darulaman.

Monday, September 13, 2010

rumah terbuka rumah Mi Japak









Salam semua,
Di sini dipaparkan gambar2 hari raya rumah Mi Jaafar di Taman Rakyat, Mergong yang diadakan pada hari Isnin kelmarin. Rakan rakan lihat sendiri suasana hari tersebut dan tengok lah betul-betul rakan kita yang hadir. Adakah anda masih kenal mereka, kerana ada rakan2 baru yang hadir yang sebelum ni tak dapat menghadirkan diri di majlis2 kita.
Dalam menyambut Eid Fitri ini, satu keputusan telah diambil iaitu satu perjumpaan keluarga Ex student SMDSO batch 1977 akan diadakan di Pantai Merdeka Resort pada 17.12.2010 dan 18.12.10. Satu komitti akan dibentuk di bawah urusetia tuan DO kita untuk menyenggara majlis tersebut. Semua keputusan muktamad akan disebarkan melalui blok, fb, surat dan phone..... So harap rakan rancang dari awal untuk menghadiri majlis tersebut. Apa-apa berita terkini sila hubungi Azhari Ismail (tuan DO Pokok Sena) di no. phone 0194717300.