BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, September 18, 2010

Raya kat Prawn River , Melaka

Salam semua,
Syukur alhamdulillah, ana sekeluarga dapat lagi beraya dengan mak mertua dan saudara mara di Melaka. Walaupun tidak semua dapat bertemu, sekurang-kurangnya ana dapat berjumpa ibu.
Disamping itu sempat juga ana pergi melawat beberapa tempat sebelum balik. Contohnya Pusat Penyenggaraan Penyu di Pengkalan balak .

Petang jumaat ana sekeluarga bermalam di Concord Inn KLIA kerana pagi esoknya kami menemani anak sulung ke KLIA untuk pulang ke Birmingham. Setelah ia terbang bersama Emirates, anak-anak yang lain balik ke kampus masing2 di UPM dan UITM. ana dan ana punya isteri bertolak balik ke Bandar Darulaman, sampai jam 6.30 petang.

Ketika sedang tidor jam 5.00 pagi dapat sms dari anak sulung bahawa ia baru touch down di Birmingham Air port. Alhamdulillah semuanya selamat.




4 comments:

Hj ARL, BNM said...

Pak Ku bagus,jaga keluarga di Utara,jaga keluarga di Selatan (Melaka),jaga/hantar anak2..moga2 anak2 menjaga Pak Ku pula suatu hari nanti. Mahadir Kuala Kedah call saya,3 x missed call dia..saya sibuk sikit sejak Sabtu, mcm2 smlm saya ada taklimat 7 terima beg dll dari pakej haji TH Travel saya tu di Masjid Wilayah..Mahdir tanya pasai bon..terkejut saya,apa bisnes dia ni tanya soal bon2 ni..biasanya bon ni makan ratus2 juta, bank saudagar je yg uruskan...wallahuaklam,jgn dia tertipu dah le..dari blog pak ku saya selalu ikuti utk dapat perkembangan di Kedah wp saya x lgi tinggal di sana.Mat Saman kdg2 lambat update,letih kot.

Ku Azir said...

Sudah dapat tarikh penerbangan ka. Bagitau ana nanti. Tentang Mahdir tu..ana pun tak tau apa bisnesnya

Hj ARL, BNM said...

Sudah. Saya p dengan Pakej Tabung Haji Travel. THT ni ada pakej AlMaas lk RM120k seorang untuk 15 hari (Hotel Intercontenantal/Dar At Tauhid depan Masjidilharam je) biasanya orang2 besar & kaya, kemudian Pakej Zamrud lk Rm60k juga lk 15 hari(Hotel Zam2, 30 meter),Nilam lk RM32-39K 80meter,Baiduri lk Rm26k lk 300m,Firdaus lk Rm24k 360m, pakej Fairuz, Intan serta Delima. Pakej Delima paling murah lk RM19k sahaja seorang, jarak hotel 500-600 meter sebelah Marwah or masjid Kuching. Saya minta Pakej Nilam tp tak berjaya dan saya cuma dapat Baiduri. Takpa lah Alhamdulillah.Hotel disebelah belakang Hilton.Jika Muassasah mereka agak jauh iaitu 1.2 km dari Masjidilharam tetapi jika nak ikut kan jemaah haji Indonesia lagi jauh antara 5-7 km dr Mharam.Saya p 3 beranak ie isteri dan anak bongsu.Flight saya 26hb Oktober,KT58.Ada sahabat2 kita or saudara Pak Ku dapat pergi ke?Saya fikir pergi Muassasah lagi seronok jika sorang & sihat sebab dapat berkawan dengan orang2 kampong & sederhana. Cuma jauh kerana Hotel2 diruntuhkan sekarang ini untuk dibangunkan semula, bila jauh mungkin mereka tidak mampu berulang alik hotel ke MHaram untuk solat 5 waktu sepanjang masa.Saya dah banyak kali juga Umrah dan faham macam2 karenah orang kaya & besar2.

Ku Azir said...

Tq atas maklumat yang diberikan. Ana doakan anta selamt pewrgi, selamat menunaikan haji nan mendapat Hj. Mabrur selamat pulang ke tanah air. Tolong minta doa untuk ana supaya juga dapat berpeluang lagi mengunjuingi Baitullah. Allah huakbar. Labbaikallah....