BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, September 25, 2009

Raya

Assalamualaikum/ salam sejahtera,

Sudah 5 hari raya berlalu. Namun kuih raya masih ada lagi. Kalau bentuknya tak seindah seperti mula dulu, serbuknya masih ada lagi. waktu ni lah kuih itu menjadi rebutan semula. sampai tertungeng balang bekas kuih itu. itulah nikmat raya yang dianugerah Allah setelah berpuasa selama sebulan.
Seperti tahun-tahun sudah, ana pulang berhari raya di rumah ibu mertua di Sungai Udang Melaka. Bukan apa, cuma beri peluang pada isteri berjumpa ibunya kerana setahun sekali saja kami pulang. Bagi ana tak kisahlah sebab hari-hari ana boleh jumpa ibu ana di kampung.
Biasalah bila berkumpul ramai-ramai,riuh rendah dibuatnya. Balik dari KL, Kelantan , Kelang, Melaka,Kedah. satu keluarga ada 5 hingga 6 ahli keluarga. Jumlahnya lebih kurang 30 0rang. So tempat tidurpun pakai lepak mana ruang yang kosong. Malam ketiga kami keluar makan diluar, tuan restoran terpaksa susun 3 meja panjang utuk kami. Macam bersidang untuk mesyuarat pula .
Kepada rakan taulan yang mengenali ana, ana minta ampun dan maaf di hari yang mulia ni. Juga kepada anakanda yang berada di Birmingham serta rakan-rakannya semoga berbahagia di hari raya. Banyak kuih raya nampak, terliur juga sate kau orang buat.
Ok jumpa lagi.