BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 28, 2010

Keikhlasan beribadat

IKHLAS KERANA ALLAH...pamerkan keikhlasan dalam melakukan tuntutan sebagai hamba, Allah menilai amalan seseorang berdasarkan apa yang mereka laksanakan.
IKHLAS KERANA ALLAH…pamerkan keikhlasan dalam melakukan tuntutan sebagai hamba, Allah menilai amalan seseorang berdasarkan apa yang mereka laksanakan.
SETIAP amalan terpuji di bulan Ramadan akan mendapat ganjaran pahala berlipat kali ganda daripada Allah.

Semestinya umat Islam tidak mahu melepaskan bulan penuh keberkatan dan keampunan ini untuk meningkatkan amal ibadat masing-masing.

Yang pasti, kelainan dan kemeriahan Ramadan adalah waktu malamnya yang tidak sama dengan bulan lain kerana mempunyai solat tarawih.

Rasulullah juga menuntut umatnya untuk memakmurkan setiap malam sepanjang Ramadan dengan ibadat qiamullail dan solat tarawih.

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang bangun (qiamullail) pada bulan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan, diampunkan baginya dosa-dosa terdahulu.”

Kemeriahan memakmurkan masjid atau surau perlu diteruskan sama ada awal atau akhirnya. Ibadat lain yang dituntut dalam bulan Ramadan ialah solat tahajud, membaca al-Quran dan mengkhatam sebanyak mungkin.

Qiamullail dalam bulan Ramadan diberi maksud mengerjakan solat tarawih secara berjemaah.

Jika sebelum ini, ramai sibuk dengan jadual yang padat, inilah masa untuk memberi ‘ruang’ melaksanakan solat tarawih secara berjemaah.

Daripada Aisyah bahawa Rasulullah menunaikan solat tarawih di masjid kemudian diikuti beberapa orang bersamanya. Baginda bersolat lagi dan orang yang solat bersamanya semakin bertambah ramai.

Seterusnya orang ramai berhimpun pada malam ketiga dan keempat tetapi Rasulullah tidak keluar untuk solat tarawih bersama mereka.

Apabila tiba waktu subuh, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya aku melihat apa yang kamu lakukan. Tiada yang menghalang aku keluar kepada kamu selain kerana aku takut ia difardukan ke atas kamu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Begitu juga halnya ketika zaman pemerintahan Amirul Mukminin Umar al-Khattab, umat Islam pada peringkat awal mengerjakan solat tarawih secara bersendirian.

Umar al-Khattab memerintahkan mereka mengerjakan secara berjemaah dan melantik Ubai bin Kaab sebagai imam.

Kelebilah bertarawih secara berjemaah seperti sabda Rasulullah yang bermaksud: “Seseorang lelaki yang bersolat (tarawih) bersama imam sehingga imam itu pulang (selesai mengerjakan solat), ia dikira bangun (beribadat) keseluruhan malam.”

 

Terdapat hadis sahih berkenaan solat tarawih iaitu: Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang menghayati (beribadat) malam lailatulqadar dengan iman dan mengharapkan pahala nescaya diampuni semua dosanya.” (Hadis riwayat al-Nasa’i).

Selain itu, sebuah lagi hadis daripada Said Musayyap, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa beribadat (solat tarawih) di bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala nescaya diampuni dosa yang terdahulu.” (Hadis riwayat al-Nasa’i).

Cuma tarawih pada 10 malam terakhir saja dinyatakan kelebihannya dan umat Islam perlu merebut peluang itu.

“Malam itu adalah lailatulqadar yang mempunyai keistimewaan dan keberkatan. Allah menjanjikan pengampunan kepada hamba-Nya yang menghidupkan malam itu dengan penuh rasa keimanan dan pengharapan.

“Umat Islam perlu berwaspada dengan maklumat yang mereka terima, jangan percaya bulat-bulat. Jika keliru atau ragu-ragu, rujuk kepada mereka yang pakar dalam bidang agama,”.

Apa saja yang berkaitan dengan agama, ganjaran, seksaan dalam Islam adalah hak mutlak Allah.

“Jika mahu menggalakkan umat islam rajin bersolat tarawih, berikan sumber hadis sahih yang diambil dari kitab muktabar.

Saturday, August 21, 2010

Puasa

Salam,
Sudah masuk hari ke 11 kita berpuasa. Bagaimana keadaan anda semua..sihat, boleh tahan atau ada masalah dari segi kesihatan? Semoga kita diberi kekuatan oleh Allah dalam menjalani ibadah puasa ini.
Di dalam tempoh suku pertama puasa ni, eloklah kita membuatmuhasabah semula , setakat mana kita sudah mengambil peluang menjalankan ibdah di bulan baik ni. Sudah berapa muka surat Quran dibaca ? Sudah berapa banyak sedekah dikeluarkan? sudah berapa banyak wirid, tahmid, dibaca, doa dipohon. Sudah berapa banyak sembahyang sunat dikerjakan.....dan macam-macam ibadat lagi.
Kalau masih kurang, tingkatkan usaha untuk mencari pahala yang begitu banyak yang dijanjikan oleh Allah di dalam bulan yang mulia ni. sama-samalah kita meningkatkan ketakwaan semoga Allah memberi ganjaran yang berlipat ganda. Jalankan ibadah seakan-akan inilah bulan puasa yang terakhir bagi kita.

Sunday, August 8, 2010

Ahlan Wahsahlan Ya Ramadhan

Salam buat semua,
Sudah lama tidak aktifkan blog. Bukan apa tiada berita yang nak dikongsi bersama.Marah sahabat baik saya yang ternanti-nanti kemunculan berita atau cerita terbaru. Lagipun sekarang ni tergila-gila pula fb.
Kini muncul kembali Ramadhan yang ditunggu-tunggu. Alhamdulillah, Allah memberi kesihatan yang baik utk menunai puasa dan menjalankan ibadah yang lain. Moga keadaan ini berterusan sehingga habis Ramadhan. Kali ini ana berazam agar puasa kali ini lebih baik drp tahun-tahun dulu dan akan mempertingkatkan semua amal ibadah yang dianjurkan dalam bulan Ramadhan ini. Sama-samalah kita berdoa moga memberi kekuatan dan hidayah untuk kita melaksanakan tanggung jawab ini. AMIN.