BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 16, 2008

DUNIA ANA



Saya berasal dari utara Malaysia. Masih muda. Umur.... 50. Suka memandu,makan dan suka meneroka terutamanya kehijauaan alam.


Mula sekolah kat hosba. Lepas tu 2 sekolah kat jitra. lepas spm pi pula mengaji kat alor star. lepas stp pi pula surkus kat ipoh nak jadi pegawai perkhidmatan pelajaran.
Setelah dapat sijil dan lulus, ditempatkan kat bukit mertajam selama 3 tahun. Banyak pengalaman juga kat sini. kira seluruh penang dah round la. banyak kali juga lah. bandar koboi kulim pun dah jemu round dah.

Setelah 3 tahun di bm ,kena posting balik ke canglun. Dok ulang alik ke canglun dari jitra selama 12 tahun. Tapi takpa, hari-hari corner balik kampung kat batu 19. waktu ni la boleh buat harta sikit. Dalam tempoh ni ujian cukup besar aku hadapi. Aku mengidap penyakit yang cukup serious. 3 bulan terlantar di hospital. Ikut doktor, nyawaku tinggal 50% saja lagi. Tapi allah maha berkuasa,setelah 1 tahun berubat, aku pulih seperti biasa.


Hujung 1994 depa bagi balik mai jitra. Kerja kat smsm selama sebulan ,lepas tu pi pula kat smtp. alhamdulillah, kesihatan pun elok, kerja pun seronok .Bersama kawan-kawan disini, telah membawa beberapa kejayaan sehingga peringkat malaysia.

1997 - rezeki murah - dapat p duduk kat amerika syarikat selama setahun satu bulan. bolehlah tengok negara orang. belajar sikiyt-sikit. Seronok dok kat albany, ny. Boleh le merasa snow, petik epal, strawberi, luncur salji. Sempat juga melawat 14 negeri di us. Pi washington,new york, niagara fall dll. Canada pun sempat jalan-jalan.

2003 - p lagi luar negara- kali ni lagi seronok sebab pi arab saudi, mengunjungi Mekah menjalankan ibadah haji bersama isteri. Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan kepadamu aku berserah.

2006 - p lagi, kali ni pi england pula. Alhamdullilah. Berkat usaha dan rezeki yang murah drp. Allah, bolehlah menjejak kaki di london terutamanya di coventry untuk menghadiri konvokesyen anak sulung. hujung 2008 dengar kata boleh pi lagi kat Birmingham pula, konvo lagi.

Alhamdulillah, walaupun umur dah setengah abad, hidup dalam aman bahagia. Anak-anak 4 orang pun sedang belajar kat u. Dalam perkhidmatan pun, dah 3 kali dianugerahkan perkhidmatan cemerlang. Semoga kedamaiaan ini dapat dirasai hingga akhir hayat.