BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 13, 2010

Ceramah Israq dan Mikraj
















Hari ini sekolah ana mengadakan sambutan Isra` dan Mikraj peringkat sekolah. Pengisian majlis di isi dengan ceramah agama, nasyid, dll.

Sunday, July 11, 2010

KEMBALI SEPI

Tinggal sorangsorang kita boleh ronda ke mana saja


Cuti sem dah habis. Anak-anak semua dah balik kampus semula. Asyraf and amirah dah balik minggu sudah lagi. Yang terakhir Atiqah malam ahad semalam bersama 4 ekor anak arnabnya. Malang bila sampai saja kat Putrajaya,sekoq dah mati. Jumlah yang tujuh kini tinggal 3 saja lagi. Cukup sensitif arnab ni.
Kini tinggal ayah dan mak saja di rumah. Dengaq kata mama pula, minggu ni kena outstation kat Penang dan Pahang pula. Aduh......tinggallah ana seorang diri pula. Lagi sepi rasanya. Namun begitu tak kisah dah hal ni semua... kerana selalu ditinggalkan. Nasib ada arnab2 8 ekog jadi peneman. Pagi kedai, tghari kedai... petang kedai.....hoorey.. kita gantung periuk. Tak perlu masak dan kemas dapur lagi.

Wednesday, July 7, 2010

Sambutan hari guru daerah kubang pasu


Salam semua,
Pada hari selasa 6 julai telah berlangsung Sambutan Hari Guru Peringkat daerah Kubang Pasu di Dewan Jitra. tahniah kepada rakan guru yang mendapat anugerah. Bagi ana w/pun tidak mendapat apa-apa anugerah,tapi tetap berpuas hati dalam menjalankan tugas harian. Dalam majlis ni ana bersama rakan dari SKBBD telah ditugaskan untuk menghias pentas. Alhamdulillah kerjabuat dapat diselesaikan dan mendapat pujian drp pihak atasan. Syukur...