Tinggal sorangsorang kita boleh ronda ke mana saja
Cuti sem dah habis. Anak-anak semua dah balik kampus semula. Asyraf and amirah dah balik minggu sudah lagi. Yang terakhir Atiqah malam ahad semalam bersama 4 ekor anak arnabnya. Malang bila sampai saja kat Putrajaya,sekoq dah mati. Jumlah yang tujuh kini tinggal 3 saja lagi. Cukup sensitif arnab ni.
Kini tinggal ayah dan mak saja di rumah. Dengaq kata mama pula, minggu ni kena outstation kat Penang dan Pahang pula. Aduh......tinggallah ana seorang diri pula. Lagi sepi rasanya. Namun begitu tak kisah dah hal ni semua... kerana selalu ditinggalkan. Nasib ada arnab2 8 ekog jadi peneman. Pagi kedai, tghari kedai... petang kedai.....hoorey.. kita gantung periuk. Tak perlu masak dan kemas dapur lagi.
SALAM IDIL FITRI 2015
9 years ago
6 comments:
ok lah tuan haji, bawa bertenang. nanti bila tak sebok kita pekena nasi kandar dengan kurma kambing. ajak deris sekali...barulah tak sunyi sangat.
ada cara lain San..supaya pak Ku tak sunyi..tambah quota..kita buleh makan kenuri lagi..
Salam,
Cadangan dua kawan ni cukup baguih sekali.Apa pendapat Tuan Hj. Rani..lepas p negara mana pula dah, lama tak dengaq habaq?
Maaf Pak Ku...kena accompany Assistant Governor baru, baru balik lawatan Bank of Thailand dan Royal Mint of Thailand. Korea trip KIV sat...
Cerita pasal sunyi ni, saya pun adakalanya sunyi juga, kadang sunyi ditinggalkan kadang2 sunyi kerana trip luar, elok juga kita ikut cakap Mad Saman, Pak Ku mampu lagi ke nak bawa Gen2, orang kata kalau blood sugar tinggi,'kekuatan' tak stabil..
kalau ada tonik ka ...akar2 kayu ka bagi tau sama no...
Assalamualaikum tuan haji. Tonik, akar kayu tak ada, tapi kalau setakat goji tu ada... bolehlah nak bantu kawan-kawan
Post a Comment