BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, December 18, 2011

tempat2 menarik di alor setar






Saja-saja try...lama tak update blog

Monday, October 3, 2011

Tegur Itu Penting

Sahabat-sahabat,

Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain

Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.


Membina dan Meroboh

Jerash, Jordan

Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.

Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.

Lain pula sekiranya seseorang yang tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur

Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup.

Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.

Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang yang Ditegur

Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".

Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?.

Yang Paling Penting

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.

Sedutan drp. iLuvislam

Thursday, June 2, 2011

kenuri kawin

Assalamualaikum semua,
Cuti sekolah dah seminggu berlalu. Ana sempat ke KL pada sabtu lalu menghadiri majlis pertunangan anak sedara di Pandan Indah. Lepas majlis, pada petang terus ke Port Dickson untuk mengambil balik anak yang membuat praktikal di sana. Malam tu tidor semalam di Tiara Beach Resort. Sambil tu jalan-jalan di sekitar PD sambil minum2 di Bangi Kopitiam. Ahad tolak balik dan sempat singgah di Seremban pekena NAsi Arab Damshik. OH CUKUP ENAK SEKALI.
Dalam cuti ni juga penuh dengan jemputan Kenduri Kawin. Bermula dengan kenuri rumah Ahmad LOng, guru lama ana di SMJ dulu. Hari ini pula (khamis) pergi pula ke kenuri Mee Japak (rakan lama di SMDSO) dulu yang diadakan di Dewan Insaniah. Di sini dapat berjumpa dengan rakan-rakan lama seperti Wan Lah, Saulius, Fuzi , Din Kola, Hamidon, Din Deris, Hasan, Abu Hasan, Mat Saman, Azamudin, Mat Dzal, Ku Om, Rosemalina, Basharah dan beberapa orang lagi. Tahniah pada Mee Japak dan isteri.
Pada hari sabtu ni 4hb. giliran Azlan Mdnor (Lan Tok Noq) mengadakan kenuri kawin anak gadisnya di Taman Siswa, Bandar Darulaman. Pada hari sabtu ni terpaksa buat jadual sikit kerana terlalu banyak kenuri. Di taman ana pun terdapat tiga kenuri serentak. Rumah kawan ana Datuk Ismail Said di Laguna Merbok pun kena pergi. Minta jangan rebah sudahlah....... Kepada kawan-kawan yang tak sempat ana pergi ke rumah, minta maaf banyak-banayak. Tahniah kerana dapat menantu. Insyaaalah lain kali kita boleh berjumpa lagi

Pada hari ahad pun banayk jemputan kawin. Boleh dikatakan tiap hari ada saja majlis perkahwinan hingga ke hari sabtu yang kan datang. Moga lepas ni kita akan dapat jemputan daripada rakan yang lain pula seperti A. Rani, Hashim Mail, Hasan Morad, Mat Saman, Saad, Datuk Mat dll. Moga diberkati Allah semua.


Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HARI GURU

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA,

16 MEI ADALAH TARIKH KERAMAT BAGI SEMUA GURU. PADA HARI INI GURU DIRAIKAN SEMPENA HARI ULANG TAHUNNYA. ALHAMDULILLAH, KERJAYA GURU MERUPAKAN KERJAYA YANG MULIA. HASIL TITIK PELUHNYA MENJADIKAN ANAK MURIDNYA ORANG YANG BIJAK PANDAI AN MENJADI MANUSIA BERAMAL SOLEH. MOGA ALLAH MEMBEI RAHMAT KEPADA SEMUA WARGA GURU, SENTIASA DALAM KEADAAN SIHAT,CERIA, DIMURAH REZEKI, BERGEMBIRA SELALU DAN DAPAT BERAMAL IBADAT KEPADA ALLAH DALAM KEADAAN TENANG.

Monday, February 21, 2011

AL-FATIHAH

ASSALAMUALAIKUM,
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

DaripadaNya kita datang, kepadanNya kita kembali. Pada minggu sudah seorang sahbat kita

(Bekas murid T6A4 SMDSO) Iaitu Cikgu Khairudin Hashim telah meninggal dunia akibat

barah lidah. Lama juga dia menderita dan masuk keluar hospital selama 2 bulan.

Pada minggu ini seorang sahabat kita iaitu Cikgu Siti Salmiah yang kini mengajar di Sek.

Men Tanjung Pauh ( pernah mengajar bersama ana di SM Changlun) juga telah kembali ke

rahmatullah akibat barah pankerias. Mantan murid smdso mungkin tidak mengenali cikgu

ini,tapi warga pendidikan daerah Kubang Pasu mengenali beliau.

Moga Allah mencucuri roh kedua-dua sahabat ini. AMMIN

Wednesday, January 26, 2011

Apa khabar

Salam semua,
Kesibukan di awal tahun membuatkan ana terlupa nak update web. Baru tersedar bila dapat sms daripada seorang sahabat menegur lawan web tiodak dikemas kini. Katanya dia amat dahaga dengan berita-berita dan rencana drp ana. Hai Tok Mat, ana pun siboklah samapai tak sempat nak buka web. Sorry lah. Lagipun celah-celah ni kurang maklumat dari raakan-rakan semua. nak cerita diri ana banyak-banyak pun nanti ada orang meluat pula.
Maklumat terkini yang ana tahu cuma sikit saja. Li pa dah dapat menantu, Hj. Rani dah selamat pulang dari Mekah, Entah bagaimana Khairudin Lepai kerana ana telefon tak dijawabnya. Nak jumpa kawan2, tak ada jemputan kenduri pula raya cina ni. kalau tidak bolehlah sembang-sembang. Buka web Mat Saman pun, dok cerita lama juga, sama macam ana, tak update webnya.
kalau nak tau sikit-sikit berita kawan-kawan hanya melalui facebook saja. itu pun tak semua yang register fb ni. So, nak cerita banyak-banyak pun tak tau. Apapun, insyaalah ana akan cuba mencari info2 terbaru untuk dimuatkan di dalam web ni nanti.

Selamat tahun baru kepada rakan-rakan Cina yang mengenali ana.
Kepada Dato Mat, jangan marah. Ada cerita terbaru bagitau sama.