BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 15, 2009

Banjir dihujung tahun

Salam 1 Dunia,
Banjir melanda lagi di Kubang Betung. Bukan setakat sekali tetapi melanda dua kali dan 2 kalilah kami terpaksa berpindah, membasuh dan mencuci. Tapi alhamdullillah,datangnya menunjuk tanda, jadi sempatlah kami membawa ibu berpindah ke kampung sebelah. keseluruhan kampung air melimpah setakat 1 meter. Tak tahu lagi apa nak buat dengan bencana ini, sebab kampung kami betul-betul di dalam lembah dan terdapat sebatang sungai mengalir melaluinya. Kalau tak hujan lagi mungkin tak berulang lagi tahun ini.
Banjir,banjir lagi, tapi kali ini berhubung dengan tugas. Berlaku hujung tahun juga. Minggu ini penuh dengan kerja yang perlu dibereskan sebagai seorang guru. Apa boleh buat. Inilah dikatakan tugas dan makan gaji. moga dapat dibereskan dengan segera dan minggu depan bolehlah relax sikit. .... sekolah nak cuti dah. Cepatnya masa berlalu dah nak habis satu tahun pula. Umur semakin meningkat. Anak semakin membesar. Walaupun begitu,alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan semoga keadaan ini berkekalan tahun depan.
SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA PADA RAKAN TAULAN DI SELURUH DUNIA.

Saturday, October 31, 2009

Ku Mohd Asyraf


Diploma Ukur Bahan - UITM

Ku Nurul Amirah

Sarjana Muda Ekonomi Perniagaan - UITM

Tahniah Ku Nurul Amirah dan Ku Mohd Asyraf

Friday, October 23, 2009

HEBAT...... UiTM

Syabas TS Ibrahim Abu Shah and Krew. UiTM sedang mengadakan upacara konvo yang ke 71 bermula 15 okt. hingga 27 okt. dalam 20 sessi. Setiap sessi hampir 1200 graduan yang mnerima ijzah. Namun begitu berkat kerja yang hebat upacara dapat dijalankan dengan jayanya. hampir 30000 graduan yang dikeluarkan pada tahun ini. Hebatnya lagi kerana semuanya melayu dan bumiputra. So jangan pertikaikan bahawa melayu tidak boleh. Kulitinya cukup hebat. Dan di antara 30 000 tu ,Asyraf dan Amirah turut menerima kejayaan di UiTM. Syabas ayah ucapkan. Semoga asyraf akan berjaya diperingkat ijazah pula dan Amirah diperingkat Sarjana pada tahun depan.
Dalam kehebatan ini masih ada melayu mempertikaikan kebolehan UiTM dan disyorkan dibuka kepada kaum lain juga. Kita bukan tidak setuju dengan cadangan tersebut, tapi haKIKATNYA INILAH U yang memperjuangkan nasib anak melayu dari dulu lagi. Biar ialah meneruskan tradisinya dengan hanya menerima kemasukan bumiputra saja. Syabas kepada semua tenaga kerja di uitm. Moga kerja buat yang cemerlang ini akan berterusan dan diberkati Allah. Kehebatan UITM sudah terkenal diseentario dunia. Output anda sudah berselerak di seluruh pelusuk dunia.

Friday, September 25, 2009

Raya

Assalamualaikum/ salam sejahtera,

Sudah 5 hari raya berlalu. Namun kuih raya masih ada lagi. Kalau bentuknya tak seindah seperti mula dulu, serbuknya masih ada lagi. waktu ni lah kuih itu menjadi rebutan semula. sampai tertungeng balang bekas kuih itu. itulah nikmat raya yang dianugerah Allah setelah berpuasa selama sebulan.
Seperti tahun-tahun sudah, ana pulang berhari raya di rumah ibu mertua di Sungai Udang Melaka. Bukan apa, cuma beri peluang pada isteri berjumpa ibunya kerana setahun sekali saja kami pulang. Bagi ana tak kisahlah sebab hari-hari ana boleh jumpa ibu ana di kampung.
Biasalah bila berkumpul ramai-ramai,riuh rendah dibuatnya. Balik dari KL, Kelantan , Kelang, Melaka,Kedah. satu keluarga ada 5 hingga 6 ahli keluarga. Jumlahnya lebih kurang 30 0rang. So tempat tidurpun pakai lepak mana ruang yang kosong. Malam ketiga kami keluar makan diluar, tuan restoran terpaksa susun 3 meja panjang utuk kami. Macam bersidang untuk mesyuarat pula .
Kepada rakan taulan yang mengenali ana, ana minta ampun dan maaf di hari yang mulia ni. Juga kepada anakanda yang berada di Birmingham serta rakan-rakannya semoga berbahagia di hari raya. Banyak kuih raya nampak, terliur juga sate kau orang buat.
Ok jumpa lagi.

Saturday, August 29, 2009

SALAM RAMADHAN DAN AIDILFITRI

Kita dah tujuh hari berpuasa.Rasanya tidak terlambat lagi untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua kaum muslimin dan muslimat, ahli keluarga yang berada diperantauaan, sanak saudara ,rakan taulan di mana saja berada. Dan tidak berapa lagi kita akan menyambut aidilfitri iaitu hari kemenangan kita melawan nafsu. dikesempatan ini saya memohon jutaan kemaafan kepada kalian semua,Zahir dan Batin. moga dipanjangkan umur dan sejahtera selalu dlm mengharungi hidup.

Sunday, August 2, 2009

BUAH RAMBUTAN BUAH DOKONG

Mewah...mewah bulan Jun hingga bulan Ogos kerana musim buah. Awal jun dulu rambutan sekilo 4.00 rinngit. Dokong pun harga tu juga. Tapi la ni belambak buah... pi mana pun buah berlonggok. Mewah...mewah lagi mewah. Rambutan dah jual pakai longgok. Dokong tak larat dukung dah,pasai banyak. Buah sampai ke akar. Budak-budak la pula tak pandai makan buah macam ni. Kupas bagi letak atas meja pun tak mau makan juga. Mewah... mewah.... Depa dok terigin kfc, pizza dan macam-macam makanan segera.
So la nak buat macam dengan buah-buah ni. Rambutan dah mula kulit hitam. Jual tak laku dah. DOK PIKIR JUGA, DULU JAB. PERTANIAN kempen suruh tanam pokok buah ni sampai bagi free benih ini. TAPI LA NI geng ni mana p. Tak pernah masuk ronda kat kampung pun.. kut kut nak tolong ambik buah ni pi jual. FAMA pun serupa. Bila tanya kata mereka buah tak laku.
Tapi bila ana p Amerika dulu ,semua buah ni ada dijual siap ditinkan lagi. Tapi bila tengok kat label "Made in Thailand." La.. awat malaysia tak tau jual ke macam thailand buat. Padahal siam dengan malaysia dekat sangat. Larat ke asyik dok suruh tanam bagi anak cucu makan. Ni banyak ni..anak cucu pun tak larat makan dah. So apa cerita pun geng FAMA ni kena masuk kampung la beli buah-buah ni petani dan lepas tu ikut cara siam buat. Tak kan geng cerdik pandai FAMA tak tau pikir macam nak jual produk ni semua. Tolong lah orang kampung yang menyahut kempen dulu suruh tanam pokok buah tu. Dah berhasil ni cari jalan pasarkan hasil mereka pula. Jangan-jangan geng fama ni pun tak larat bergerak dah sebab kenyang makan buah buahan tahun ni. Lu pikirlah sendiri.................

Wednesday, July 29, 2009

H1n1

Pelik... ajaib... tapi jangan hairan....inilah dikatakan bala dari Allah kepada umatnya. Seantario dunia diserangnya. Tak semena-mena dunia dikejutkan dengan wabak BABI ni.Yang makan ke..yang tak makan pun kena juga. So hati-hatilah bila keluar berjalan sekarang.Dulu takut pijak taik babi, udara sekeliling pun dah jadi udara babi.
Sekali lagi pelik.... dengar dalam berita hanya u yang banyak muslim saja diserang.Habis kena tutup. Pening dan kelamkabut pihak pentadbiran u. U lain tak dengar pula tutup. Jangan pikir lah hal tu. La ni pi klinik minta penutup mulut. Cegah sebelum kena. Dunia akhir zaman....... Ya Allah, kau jauhkan diri ini dari bala ini.

Monday, July 27, 2009

ARNAB

Salam everybody...

Yeah...brownie dah delivered 4 beautiful babies..heheh...
Untuk kali yg keberapa pun tak tahu..heheh..

KAWAN LAMA

Seronok juga bila jumpa kawan-kawan lama (kawan tingkatan 5)SMJ ketika makan kenduri rumah KakJa dulu. Tapi sayangnya tak dan nak sembang lama sebab saya komitmen yang lain. Namun begitu sempatlah bertanya khabar dengan hashim, mad, dll. Moga jumpa lagi masa depan. Dengar kata banyak nak buat kenduri sambut menantu bulan dua belas ni. Jemputlah kita sama.
Bulan sudah saya terima panggilan telefon dari kawan lama. Lama juga dok fikir sapa gerangan ni, bila bagi klu baru teringat pada zuraida zainal rashid (che Da). Rupanya dia call dari London. Dah lama dah dok England. Patutlah cari takjumpa selama ini. Insyaalah boleh lah singgah kat rumah engkau bila I pi jenguk anak kat Bermingham nanti. Semoga Che da success di sana. OK salam untuk semua