BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, June 5, 2010

Sahabat kita





Salam semua,
pada hari jumaat lepas ana sempat singgah di rumah sahabat kita Mohd. Jamil Hashim di Taman Makmor, Tok Jalai Jitra ( bersebelahan SMK Tunku Anum) untuk bertanya khabar beliau. Nampak ceria dia.Alhamdulillah, namun dihati kecilnya ana nampak sesuatu kekurangan pada dirinya. Maklumlah sejak ditimpa musibah strok separuh badan sejak 3 tahun lepas pergerakannya terbatas. tapi Jamil ni kuat semangat. Pada mula dulu suaranya tersangkut-sangkut tapi sekarang dia dapat bercakap dengan lebih lancar. Setiap pagi jumaat dia setia berada di depan rumah dibawah pondok binaanya smbil berjumpa dengan jiran dan kekawan datang menziarahinya. Maklumlah pagi jumaat ada pasarpagi TokJalai di kawasan rumahnya.

Untuk memudahkan pergerakan cikgu jamil telah membeli sebuah Beach Rider. Dengan motor pacuan empat roda ni lah dia berulang alik ke tempat kerjanya di SMKTATAR dan beriadah di kawasan sekitarnya.
Cikgu Jamil merupakan bekas penuntut SM Kebangsaan Jitra batch 1971- 1975. Di tingkatan enam beliau belajar di SMK Dato Syed Omar pada 1976-1977. Cikgu Jamil merupakan guru sains dan math dan pakar dalam bidang ini. Beliau merupakan seorang panel penggubal mathdan sains utk peperiksaan PMR. Semasa bertungkus lumus dan bergerak ke seluruh malaysia sebagai penggubal soalan inilah musibah menimpa dirinya ketika dia masih tidor. Sungguh besar jasa cikgu Jamil. Berdoalah kita smoga kecacatannya akan sembuh seperti biasa.

4 comments:

Jamaludin Abu Bakar said...

Jamil hashim kawan baik aku masa sekolah rendah drjh satu sampai tgktn 3 smj .Kalau dia tak tolak kerja hospital mungkin dia kerja sama dgn aku di hospital.moga-moga dia cepat recover

Ku Azir said...

Begitulah kiranya

hasan morad said...

Saya doakan agar Jamil cepat sembuh dan kuatkan semangat.....

subang said...

Salam...maaf, boleh bg saya apa saja contact no cikgu jamil? saya pelajarnya kira2 pada tahun 1982...
harap encik boleh bantu saya...
terima kasih~

(@email anak sedara ke subang_sangkut@yahoo.com)