BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, June 3, 2010

Nostalgia 11


Pada tahun 2002 ana berpeluang pula masuk balik ke maktab perguruan, kali ini di Maktab Perguruan Batu Pahat, Johor. Di sini berkursus matapelajaran baru iaiitu MPV. Ana terpilih berkursus dalam bidang Lanskap dan Nuseri selama 3 bulan. Di bawah bimbingan En. Zulkifli dan pensyarah lain dapatlah sedikit ilmu dalam bidang lanskaping ini. Ramai kawan dari seluruh Malaysia berkumpul di sini dan selepas tiga bulan pulanglah kami membawa ilmu untuk di ajar kepada pelajar. Salah seorang kawan ana iaitu cikgu sobri dari Langkawi yang bercermin mata dalam gambar di atas telah meninggal dunia akibat barah usus. Ana hanya sempat mengajar MPV hanya setahun di SMKTP kerana pada tahun 2004 ana bertukar ke SKBBD.

0 comments: